
Personal shopper AI anda
Sebelum checkout, tanya Harga AI dulu.
Taip je barang yang anda nak beli, Harga AI carikan tiga pilihan yang rating tinggi dan paling ramai pembeli review, lepas tu beritahu better beli sekarang atau tunggu sale 11.11 nanti.
- Percuma
- Tak perlu log masuk akaun marketplace
- Pilihan tanpa iklan berbayar

Carian “power bank”

UGREEN Power Bank PD20W
UgreenOfficialShopKedai rasmidi TikTok Shop
- Rating
- 4.9
- Ulasan
- 7,127
- Terjual
- 44.6K
RM64.53
Beli sekarang, tunggu sale pun beza sikit je
Harga RM64.53 disemak 25 Okt, 2.37 petang. Satu kajian 48 barang online jumpa harga hari sale 9.9 purata cuma 4% bawah harga biasa, jadi kalau tunggu 11.11, anggaran jimat untuk barang ini bawah RM3.
“Beza harga tu besar sangat ke?”
Contoh jimat kalau anda beli pada masa yang betul
Pilih anggaran belanja online anda sebulan. Kiraan ni contoh sahaja, berdasarkan satu kajian harga online, dan jimat sebenar bergantung pada barang dan masa anda beli.
Contoh jimat setahun
Belanja online sebulan
RM1,200 setahun
Hari sale tak semestinya hari paling murah. Satu kajian ke atas 48 barang online pada 1 hingga 16 September 2025 jumpa harga paling murah jatuh pada 6 September, 10% bawah harga biasa, sedangkan hari sale 9.9 cuma 4%. Kiraan di atas ialah contoh kalau setiap belian dapat harga hari paling murah.
Sumber: Cilisos, Okt 2025“Saya boleh semak harga sendiri.”
Carta harga buat pening. Harga AI terus beri jawapan.
App lain tunjuk carta dan biar anda teka sendiri. Harga AI baca rating dan bilangan ulasan pembeli untuk anda, pilih tiga yang terbaik, lepas tu beri satu jawapan, beli sekarang atau tunggu sale besar seterusnya.
- Tulis barang yang anda nak beli, contohnya air fryer bawah RM300, atau tampal link produk yang anda salin dari app beli-belah.
- Harga AI cari di kedai online dan tunjuk tiga pilihan terbaik ikut rating dan bilangan ulasan pembeli.
- Untuk setiap pilihan, Harga AI beritahu sama ada patut beli sekarang atau tunggu sale besar, ikut kalendar sale.
Jawapan Harga AI, satu untuk setiap barang

DESSINI ITALY
Air Fryer AF‑35L 3.5L
★ 4.8 · 14.3K terjual
RM133.20
Beli sekarang, tunggu sale pun beza sikit je
Harga RM133.20 disemak 25 Okt, 7.55 malam. Satu kajian 48 barang online jumpa harga hari sale 9.9 purata cuma 4% bawah harga biasa, jadi kalau tunggu 11.11, anggaran jimat untuk barang ini bawah RM6.

Dr.Alstone
Tilam Spring Chiropractic Queen
★ 4.7 · 83.5K terjual
RM261
Tunggu 11.11, lagi 16 hari
Sale besar dah dekat dan anggaran jimat lebih RM10, jadi berbaloi tunggu. Semak harga di kedai pada hari sale sebelum beli.
“Kalau barang tu saya perlu minggu ni?”
Barang segera tak disuruh tunggu sale.
Senarai anda disusun ikut keperluan, Segera, Perlu atau Mahu. Barang Segera tak pernah disuruh tunggu sale, jadi anda boleh terus beli bila jumpa pilihan yang sesuai. Barang Perlu dan Mahu pula dapat nasihat tunggu bila sale besar tinggal tiga minggu atau kurang dan anggaran jimat lebih RM10.
Segera
Perlu minggu ni

Drypers
DryPantz 4 pek
RM128.20Beli bila perlu
Perlu
Boleh tunggu sale

Dr.Alstone
Tilam Spring Chiropractic Queen
RM261Tunggu 11.11· 16 hari
TCL
Peti Sejuk 2 Pintu 165L
RM549.46Tunggu 11.11· 16 hari
Mahu
Keinginan

Xiaomi
Robot Vacuum H40
RM820.62Tunggu 11.11· 16 hari
“Harga masa sale betul ke lebih murah?”
Tarikh sale seterusnya, siap dengan kiraan hari.
Tak semestinya. Satu kajian Cilisos ke atas 48 barang online jumpa harga purata pada hari sale 9.9 cuma 4% lebih rendah daripada harga biasa. Sebab tu Harga AI hanya nasihatkan anda tunggu bila sale besar dah dekat, barang tu boleh tunggu dan anggaran jimatnya lebih RM10. Barang murah lebih baik terus beli.
11.11
Jatuh pada 11 November
- 11.1111 November, sale besar
- 12.1212 Disember, sale besar
- 1.11 Januari, sale bulanan
- 2.22 Februari, sale bulanan
“Pilihan dalam kedai online terlalu banyak.”
Tiga pilihan terbaik, tanpa perlu buka berpuluh kedai.
Harga AI cari barang yang anda tulis di kedai online, lepas tu susun ikut rating dan bilangan ulasan pembeli. Anda nampak tiga pilihan teratas dengan ringkasan pendek, dan pilihan yang anda suka boleh disimpan dalam senarai.
Carian “air fryer” 3 teratas
- 1
DESSINI ITALYRM133.20Air Fryer AF‑35L 3.5L★ 4.8 · 14.3K terjual - 2
Swiss ThomasRM101.01Air Fryer 6L Glass Basket★ 4.6 · 16.3K terjual - 3
HAN RIVERRM67.44Air Fryer 8L★ 4.8 · 16.5K terjual
Hasil sebenar carian air fryer, harga di TikTok Shop disemak 25 Okt.
“Selamat ke bagi link barang saya?”
Kami tak pernah minta kata laluan akaun beli-belah anda.
Harga AI cari barang dari maklumat produk awam melalui carian web dan penyedia data, jadi akaun marketplace anda tak disentuh langsung.
- Tiada log masuk ke akaun marketplace, dan tiada cookie akaun marketplace disimpan.
- Senarai anda disimpan dengan akaun peranti yang dibuat automatik untuk browser ni, tanpa emel dan tanpa kata laluan.
- Padam akaun bila-bila masa dari tab Saya, dan semua data dipadam terus.

“Percuma? Mesti ada udang di sebalik batu.”
Komisen dibayar platform, harga anda kekal sama.
Harga AI percuma. Bila anda beli melalui link kami, kami mungkin dapat komisen kecil daripada platform beli-belah tu, dan harga yang anda bayar tetap sama.
Link affiliate hanya dibuat bila anda sendiri tekan butang Beli. Pilihan disusun ikut rating dan bilangan ulasan, dan nasihat beli atau tunggu ikut kalendar sale, jadi komisen tak ubah jawapan kami.

- 1
Anda tekan Beli
Halaman kedai dibuka
- 2
Harga anda sama
Tiada caj tambahan
- 3
Platform bayar komisen
Itu yang biayai Harga AI

Mula dengan satu barang.
Barang yang anda tengah fikir nak beli tu, tulis sekarang dan Harga AI carikan tiga pilihan terbaik.
App Android dan iPhone akan datang. Buat masa ni, guna di web.
