Dasar privasi
Kemas kini terakhir 23 Oktober 2026
Harga AI ialah pembantu beli-belah yang pantau harga barang Shopee dan TikTok Shop untuk anda. Halaman ni terangkan data yang kami kumpul, kenapa kami perlukannya, dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
Data yang kami kumpul
- Pengecam peranti rawak yang dicipta bila anda mula guna Harga AI. Ia bukan nombor telefon atau IMEI.
- Emel, hanya kalau anda daftar untuk sync senarai.
- Barang dalam senarai anda, termasuk link produk, keutamaan, harga sasaran, nota dan harga yang anda bayar bila tanda dah beli.
- Tetapan anda, contohnya waktu senyap dan pilihan notifikasi.
- Token notifikasi telefon, kalau anda guna app Android atau iPhone dan benarkan notifikasi.
- Mesej yang anda hantar kepada pembantu Harga AI.
- Rekod klik bila anda tekan butang Beli, iaitu barang mana dan dari skrin mana.
- Statistik penggunaan web tanpa nama melalui Google Analytics.
Data yang kami tak pernah kumpul
Kami tak pernah minta kata laluan atau log masuk akaun Shopee dan TikTok anda, dan tak simpan cookie atau token akaun marketplace. Kami tak baca sejarah pesanan, alamat atau maklumat bayaran anda di Shopee atau TikTok Shop.
Kenapa kami guna data ni
- Untuk pantau harga barang dalam senarai anda dan beri cadangan, contohnya beli sekarang atau tunggu sale.
- Untuk hantar alert bila harga turun atau sale bermula, ikut tetapan anda.
- Untuk kira jumlah jimat anda.
- Untuk sync senarai di semua peranti bila anda daftar dengan emel.
- Untuk faham bahagian mana yang berguna dan baiki Harga AI.
Kami tak jual data peribadi anda kepada sesiapa.
Link affiliate
Harga AI percuma. Bila anda beli melalui link kami, kedai bayar kami komisen kecil. Harga anda tetap sama.
Bila anda tekan Beli, kami buka halaman produk melalui link affiliate dan rekod klik tu. Link affiliate hanya dibuat bila anda sendiri tekan butang Beli. Platform seperti Shopee mungkin guna cookie mereka sendiri ikut dasar privasi mereka.
Pihak yang memproses data bagi pihak kami
- Cloudflare, untuk server API dan pangkalan data.
- Penyedia emel, untuk hantar kod log masuk dan alert harga.
- OpenRouter dan penyedia model AI, untuk jawab mesej anda kepada pembantu Harga AI. Jangan tulis maklumat sensitif dalam mesej.
- Google Analytics, untuk statistik penggunaan web.
- Google dan Apple, untuk hantar notifikasi telefon.
Berapa lama data disimpan
Data akaun disimpan selagi akaun anda aktif. Bila anda padam akaun, data peribadi anda dibuang dari pangkalan data kami. Sejarah harga produk awam bukan data peribadi dan kekal sebagai pangkalan data harga.
Hak anda
- Lihat dan ubah senarai serta tetapan anda bila-bila masa dalam app.
- Tarik balik kebenaran notifikasi dari tetapan telefon atau tab Saya.
- Padam akaun dan data anda dari tab Saya atau di harga.ai/padam-akaun.
Kanak-kanak
Harga AI tak ditujukan kepada kanak-kanak bawah 13 tahun dan kami tak sengaja kumpul data mereka.
Perubahan dasar
Kalau kami ubah dasar ni, tarikh di atas akan dikemas kini. Perubahan besar akan dimaklumkan dalam app.