Terma penggunaan
Kemas kini terakhir 23 Oktober 2026
Dengan guna Harga AI di web, Android atau iPhone, anda setuju dengan terma di bawah.
Apa Harga AI buat
Harga AI pantau harga awam barang di Shopee dan TikTok Shop, simpan sejarah harga, dan beri verdict seperti beli sekarang atau tunggu sale. Verdict ialah panduan berdasarkan data harga dan kalendar sale, bukan janji harga akan turun atau naik.
Harga boleh berubah
Harga, stok dan promosi ditentukan oleh kedai dan platform, dan boleh berubah bila-bila masa. Sentiasa semak harga akhir di halaman Shopee atau TikTok Shop sebelum bayar. Kami tak bertanggungjawab atas beza harga antara paparan Harga AI dan harga sebenar masa checkout.
Kami bukan penjual
Semua pembelian berlaku antara anda dan kedai di platform tersebut. Pertanyaan tentang penghantaran, pemulangan, waranti atau bayaran perlu dibuat dengan kedai atau platform berkenaan.
Link affiliate
Harga AI percuma. Bila anda beli melalui link kami, kedai bayar kami komisen kecil. Harga anda tetap sama.
Akaun anda
- Akaun peranti dibuat automatik. Daftar dengan emel kalau mahu sync di peranti lain.
- Jaga akses emel anda, sebab kod log masuk dihantar ke situ.
- Anda boleh padam akaun bila-bila masa dari tab Saya atau di harga.ai/padam-akaun.
Penggunaan yang tak dibenarkan
- Guna skrip atau bot untuk ambil data Harga AI secara pukal.
- Cuba ganggu, pecah masuk atau bebankan server kami.
- Guna pembantu Harga AI untuk kandungan yang menyalahi undang-undang.
Kami boleh gantung akaun yang melanggar terma ni.
Pembantu AI
Jawapan pembantu Harga AI dijana oleh model AI dan mungkin silap. Semak butiran barang sebelum beli.
Tanda dagangan
Shopee dan TikTok Shop ialah tanda dagangan pemilik masing-masing. Harga AI tiada kaitan rasmi dengan mereka.
Perubahan dan undang-undang
Kami boleh kemas kini terma ni dari semasa ke semasa, dan tarikh di atas akan berubah. Terma ni tertakluk kepada undang-undang Malaysia.